Semangat kerja adalah hal utama

Keterbatasan bukan hambatan

Mutu adalah tujuan

kualitas yang diutamakan

Mudah pemakaian

aman digunakan

kepuasan pelanggan

adalah harapan

Bahan baku

ringan, kuat dan tahan karat

Kamis, 04 Oktober 2012

Kelapa parut

Kelapa parut merupakan isi daripada buah kelapa yang telah diparut, dikikis halus. Kelapa parut merupakan satu bahan penyediaan bagi menghasilkan santan kelapa.

Bagi menghasilkan santan kelapa, biasanya kelapa parut akan dicampur dengan air dan diperah. Ini akan diulang beberapa kali sehingga, santan yang terhasil adalah cair.

Kelapa yang telah diparut boleh disimpan beku di dalam peti sejuk. Apabila hendak digunakan, kelapa parut tersebut boleh dicampurkan dengan air panas dan diramas seperti biasa. Bagi menghasilkan santan yang pekat, buah kelapa yang tua digunakan. Selain itu hanya sekali atau dua perahan dilakukan.

Selain bagi menghasilkan santan, kelapa parut turut digunakan sabagai bahan kuih. Bagi penyedian kuih, buah kelapa yang serdahana muda digunakan atau di sebelah pantai timur dikenali sebagai nyiur kulit hidup. Ini merujuk kepada buah kelapa yang agak muda. Ini kerana kelapa parut yang terhasil rasanya lebih manis. Antara jenis kuih yang menggunakan kelapa parut adalah apam, ondeh-ondeh / buah Melaka, dan pulut cawan.

Pada masa dahulu, kelapa diparut dengan tangan, tetapi pada masa kini, kelapa parut diparut dengan menggunakan mesin pemarut kelapa.
Malah terdapat kelapa parut kering yang ditinkan untuk memudahkan penggunaannya dan tahan disimpan lama.


Sumber:
http://ms.wikipedia.org